Cara Menghilangkan Kulat dan Kulapuk daripada Pakaian
Cara terbaik untuk menghilangkan kulat dan kulapuk pada pakaian ialah dengan menggunakan peluntur cecair yang mengandungi natrium hipoklorit seperti Clorox® Bleach atau Clorox® Scented Bleach untuk pakaian putih dan pakaian berwarna boleh luntur.
Ikuti Langkah-langkah Ini untuk Menghilangkan Kulat dan Kulapuk:
-
BerusBeruskan bintik-bintik hitam daripada permukaan. Cuba elakkan spora daripada merebak ke udara dan tersebar ke permukaan lain.
-
Rendam pertamaRendam seketika:
- Tambah 50ml (1 penutup) Clorox® Bleach atau Clorox® Scented Bleach dengan detergen kegemaran anda dalam 5 Liter air.
- Rendam selama 5 minit Untuk kotoran degil rendam selama maksimum 1 jam.
-
Bilas dan BasuhBilas dan cuci. Cuci pakaian tersebut dalam suhu air yang paling suam mengikut yang disyorkan label penjagaan.
-
KeringKeringkan pakaian dengan segera dalam mesin pengering atau di bawah matahari.
Pakaian berwarna tertentu boleh dilunturkan. Untuk mengetahui sama ada pakaian boleh dilunturkan, anda boleh melakukan ujian kebolehlunturan yang mudah. Campurkan 2 sudu kecil (10ml) Clorox® Bleach atau Clorox® Scented Bleach dengan 1/3 cawan air. Titiskan setitik larutan ini pada bahagian tersembunyi fabrik itu. Bilas selepas 5 minit dan keringkan. Sekiranya tiada perubahan warna, anda boleh gunakan cecair peluntur pada item yang diuji itu.
Jangan biarkan pakaian duduk di mesin basuh atau bakul untuk jangka masa panjang kerana ini adalah keadaan yang sempurna untuk pembiakan cendawan dan jamur.
Produk yang Boleh Anda Gunakan
Nasihat Daripada Pakar-Pakar Kami
-
Panduan
-
Panduan
-
Panduan