Buka muncung pada posisi “ON”. Semburkan terus pada kesan kotoran sehingga diliputi sepenuhnya. Gosokkan kepada kotoran dan biarkan selama 5–10 minit (jangan biarkan produk menjadi kering pada kain).
Basuh dengan detergen kegemaran anda.
Cara menggunakan Clorox 2® for Colors Stain Remover Spray
Ada soalan? Pilih topik untuk mendapatkan jawapan:
Label penjagaan pakaian ini menyatakan "jangan guna peluntur." Bolehkah Clorox 2® for Colors Stain Remover Spray digunakan pada pakaian ini?
+−
Kami mengesyorkan untuk menguji ketahanan warna terlebih dahulu dengan menggunakan Clorox 2® for Colors Stain Remover Spray pada bahagian pakaian yang tersembunyi dan tunggu selama 10 minit. Bilas dan biarkan kering. Produk boleh digunakan pada pakaian tersebut sekiranya warna tidak pudar atau luntur. Sentiasa baca dan ikuti langkah berjaga-jaga dan panduan penggunaan sebelum menggunakan produk pembersihan. Sentiasa simpan produk pembersihan jauh daripada jangkauan kanak-kanak.
Bolehkah saya menuang Clorox 2® for Colors Stain Remover Spray terus ke dalam cucian saya?
+−
Clorox 2® for Colors Stain Remover Spray paling sesuai digunakan sebagai pra-rawatan pada kesan kotoran bersama dengan detergen kegemaran anda.
Adakah Clorox 2® for Colors Stain Remover Spray akan merosakkan fabrik dalam jangka panjang (contoh: selepas digunakan berulang kali)?
+−
Tidak.
Adakah Clorox 2® for Colors Stain Remover Spray selamat pada semua fabrik, permaidani atau permukaan?
+−
Produk ini selamat digunakan pada kebanyakan fabrik dan permukaan. Namun, kami tidak mengesyorkan kegunaannya pada nilon, sutera atau bulu biri-biri. Anda dinasihatkan untuk menjalankan ujian ketahanan warna sekiranya anda kurang pasti. Sentiasa baca dan ikuti langkah berjaga-jaga dan panduan penggunaan sebelum menggunakan produk pembersihan. Sekiranya anda ragu-ragu tentang sehelai pakaian, sila jalankan ujian ketahanan warna seperti yang dijelaskan pada label.
Adakah Clorox 2® for Colors Stain Remover Spray berkesan pada kotoran degil/lama (berbanding kotoran baru)?
+−
Ya, produk ini akan berkesan pada kotoran baru dan kotoran lama. Produk mungkin perlu digunakan beberapa kali untuk menanggalkan kotoran lama. Tiada produk yang boleh menghilangkan kesemua kesan kotoran. Sesetengah kesan kotoran memang mustahil dihilangkan.
Mengapakah saya harus menggunakan Clorox 2® for Colors Stain Remover Spray?
+−
Ia dirumus khas sebagai pra-rawatan kotoran pada fabrik berwarna. Ia mengandungi TripleSolve™ Technology untuk menembusi, melarutkan dan menghilangkan kotoran yang degil.
Bolehkah saya menggunakan Clorox 2® for Colors Stain Remover Spray untuk merendam pakaian sebelum cucian?
+−
Kami tidak mempunyai arahan rendaman awal untuk Clorox 2® for Colors Stain Remover Spray.
Bolehkah saya menggunakan Clorox 2® for Colors Stain Remover Spray untuk melakukan pra-rawatan sebelum meletakkan pakaian saya ke dalam mesin basuh Berkecekapan Tinggi?
+−
The Clorox 2® for Colors Stain Remover Spray boleh digunakan dengan mesin basuh biasa dan berkecekapan tinggi.
Apa jenis kotoran yang sesuai dihilangkan dengan Clorox 2® for Colors Stain Remover Spray?
+−
Produk ini berkesan pada pelbagai jenis kotoran makanan dan rumah, termasuk wain, jus, lumpur, sos dan rumput.
Di manakah saya boleh membeli Clorox 2® for Colors Stain Remover Spray?
+−
Anda boleh mengenalpasti kedai berhampiran anda yang menjual Clorox 2® for Colors Stain Remover Spray di halaman "Di Mana Untuk Beli". Sebaiknya, hubungi kedai terlebih dahulu bagi memastikan produk ada dalam stok.