Sembur produk 4–6 inci daripada permukaan sehingga basah sepenuhnya.
Lap dan biarkan kering.
Cara menggunakan Clorox® All-Purpose Cleaner with Bleach
Ada soalan? Pilih topik untuk mendapatkan jawapan:
Bolehkah saya gunakan Clorox® All-Purpose Cleaner with Bleach untuk bilik anak saya atau kawasan haiwan peliharaan dengan selamat?
+−
Ya. Clorox® All-Purpose Cleaner with Bleach berkesan untuk digunakan pada kerusi tinggi bayi, baldi lampin, meja ganti lampin, permukaan keras katil bayi, tempat permainan, dan peralatan taman permainan. Sentiasa baca dan ikuti langkah berjaga-jaga dan panduan penggunaan sebelum menggunakan produk pembersihan. Kanak-kanak mungkin sensitif dengan bau produk pembersih. Ia adalah terbaik untuk membersihkan bilik ketika kanak-kanak berada di luar bilik. Ingat untuk menyimpan produk pembersihan jauh daripada jangkauan kanak-kanak.
Adakah ianya selamat untuk mencampurkan Clorox® All-Purpose Cleaner with Bleach dengan produk pembersihan rumah lain?
+−
Tidak. Kami tidak mengesyorkan mencampurkan Clorox® All-Purpose Cleaner with Bleach dengan bahan kimia kegunaan rumah yang lain, kerana ini boleh menghasilkan wasap beracun.
Oleh kerana Clorox® All-Purpose Cleaner with Bleach mengandungi peluntur di dalamnya, bolehkah saya menggunakannya untuk mencuci pakaian putih saya?
+−
Adakah ianya benar yang kedua-dua Clorox® All-Purpose Cleaner with Bleach dan peluntur kegunaan rumah (seperti Clorox® Bleach) mengandungi natrium hipoklorit. Walau bagaimanapun, Clorox® All-Purpose Cleaner with Bleach juga mengandungi surfaktan (sejenis bahan detergen) yang memberikan lebih kuasa pembersihan pada permukaan keras. Produk ini patut digunakan untuk pembersihan permukaan yang keras, dan bukan untuk kegunaan mencuci pakaian.
Di manakah saya boleh membeli Clorox® All-Purpose Cleaner with Bleach?
+−
Anda boleh mengenalpasti kedai berhampiran anda yang menjual Clorox® All-Purpose Cleaner with Bleach di halaman "Di Mana Untuk Beli". Sebaiknya, hubungi kedai terlebih dahulu bagi memastikan produk ada dalam stok.
Bolehkah saya menggunakan Clorox® All-Purpose Cleaner with Bleach pada semua permukaan dapur dan bilik mandi?
+−
Clorox® All-Purpose Cleaner with Bleach sesuai digunakan pada pelbagai jenis permukaan di dapur dan bilik mandi, termasuk keluli tahan karat, granit tertutup, permukaan berlamina, jubin kaca, kuarza tertutup dan porselin berkaca. Permukaan yang mungkin bersentuhan dengan makanan haruslah dibilas selepas produk digunakan.
Adakah Clorox® All-Purpose Cleaner with Bleach membasmi kuman?
+−
Ya. Clorox® All-Purpose Cleaner with Bleach membasmi 99.9% bakteria dan virus.
Adakah Clorox® All-Purpose Cleaner with Bleach menyahbau?
+−
Ya. Clorox® All-Purpose Cleaner with Bleach membersih dengan berkesan, membasmi kuman, menghilangkan kesan gris pada permukaan dan menghilangkan bau.