Untuk Membersih, Membasmi Kuman dan Menyahbau Permukaan Keras dan Tidak Berliang:
Cuci permukaan terlebih dahulu.
Mop atau Lap dengan larutan membasmi kuman 1 cawan (250ml) Clorox® per 5 L air.
Biarkan larutan berkontak dengan permukaan selama sekurang-kurangnya 10 minit.
Untuk Penggunaan Cucian Pakaian:
Tambah detergen.
Isikan Clorox® ke garis maksimum di dispenser atau tambahkan kepada cucian air 1 cawan (250 ml) untuk mesin muatan atas atau 1/2 cawan (125 ml) untuk mesin muatan depan.
Masukkan pakaian putih dan mulakan kitaran cucian.
Cara menggunakan Clorox® Bleach
Ada soalan? Pilih topik untuk mendapatkan jawapan:
Adakah ianya selamat untuk mencampurkan Clorox® Bleach dengan produk pembersihan rumah lain?
+−
Tidak. Kami tidak mengesyorkan untuk mencampurkan Clorox® Bleach dengan bahan kimia kegunaan rumah yang lain, kerana ini boleh menghasilkan wasap beracun.
Adakah Clorox® Bleach selamat untuk sistem septik?
+−
Ya. Apabila digunakan seperti yang disyorkan, Clorox® Bleach adalah selamat untuk digunakan dalam sistem septik. Peluntur akan terlerai dengan cepatnya kepada garam dan air.
Bolehkah saya menggunakan Clorox® Bleach untuk berkumur, menggosok gigi, atau membersihkan luka dan calar badan?
+−
Tidak. Clorox® Bleach memang tidak sesuai untuk kegunaan penjagaaan peribadi.
Adakah Clorox® Bleach mudah terbakar?
+−
Tidak, Clorox® Bleach adalah melebihi 90% air dan tidak mudah terbakar.
Berapa lamakah hayat simpan Clorox® Bleach?
+−
Clorox® Bleach harus diganti setiap tahun. Simpan produk ini secara tegak di tempat yang sejuk dan kering, jauh dari cahaya matahari dan panas untuk mengelakkan kemerosotan produk.
Apakah organisma yang boleh dibasmi dengan Clorox® Bleach?
+−
Clorox® Bleach membasmi 99.9% virus dan bakteria, termasuk Influenza A (H1N1), Influenza A2 (Virus Selesema), Avian Influenza Type A (Selesema Burung), Hepatitis A, HIV 1 (Virus AIDS), Ebola, Salmonella choleraesius dan MRSA. Sila periksa label utama produk untuk mengetahui jenis organisma dan arahan dos yang tepat.
Adakah Clorox® Bleach selamat digunakan dalam keadaan kecemasan (contoh: bencana alam, membasmi kuman dalam air minuman, dsb.)?
+−
Ya, Clorox® Bleach diluluskan sebagai pembasmi kuman air kecemasan.
Adakah Clorox® Bleach membasmi kuman dan mensanitasi?
+−
Ya, Clorox® Bleach berkesan membersih, membasmi kuman, mensanitasi, memutihkan dan menyahbau untuk pelbagai keperluan. Peluntur kami membasmi 99.9% virus dan bakteria, termasuk Influenza A (H1N1), Influenza A2 (Virus Selesema), Avian Influenza Type A (Selesema Burung), Hepatitis A, HIV 1 (Virus AIDS), Ebola, Salmonella choleraesius dan MRSA. Sila periksa label utama produk untuk mengetahui jenis organisma dan arahan dos yang tepat.
Di manakah saya boleh membeli Clorox® Bleach?
+−
Anda boleh mengenalpasti kedai berhampiran anda yang menjual Clorox® Bleach di halaman "Di Mana Untuk Beli". Sebaiknya, hubungi kedai terlebih dahulu bagi memastikan produk ada dalam stok.