Jangan buka kedua-dua penutup pada masa yang sama.
Picit dan sapukan sebanyak yang diperlukan.
Tutup semula selepas digunakan.
Rawat kotoran pada kawasan putih pakaian. (Catatan: Menggunakan kuantiti yang banyak meningkatkan kemungkinan mempengaruhi warna bersebelahan.)
Gosokkan pada kotoran.
Basuh dengan segera bersama cucian pakaian putih.
Jangan merawat pakaian semasa memakainya. Sekiranya ada keraguan mengenai ketahanan warna, gunakan sedikit produk pada bahagian pakaian yang tersembunyi. Bilas dan biarkan kering. Sekiranya tidak ada perubahan warna, gunakan seperti yang disyorkan.
Cara menggunakan Clorox® Bleach Pen Gel
Ada soalan? Pilih topik untuk mendapatkan jawapan:
Adakah Clorox® Bleach Pen® Gel boleh dibawa bersama dalam perjalanan udara dengan selamat?
+−
Seperti mana-mana produk kimia yang dibungkuskan, terdapat kemungkinan kebocoran terjadi semasa dalam perjalanan udara. Kami mengesyorkan bahan itu dimasukkan ke dalam beg atau bekas plastik yang ditutup kedap untuk mengelakkan kerosakan dalam mana-mana jenis perjalanan.*
* Jenis bahan yang dibenarkan dalam perjalanan mungkin berbeza mengikut polisi syarikat penerbangan.
Bolehkah saya menggunakan Clorox® Bleach Pen Gel untuk membersihkan permukaan selain membersihkan kotoran pada pakaian?
+−
Clorox® Bleach Pen® Gel menghapuskan kotoran, termasuklah yang paling sukar di bilik mandi dan dapur, seperti kulat & kulapuk, kopi, teh, jus beri dan wain merah. Lihatlah kotoran hilang dari jubin, turap, pemakalan, dan porselin. Jangan gunakannya pada barangan perak. Elakkan kontak berpanjangan dengan permukaan meja berlamina plastik dan permukaan logam, dan ingatlah untuk bilas dengan segera setelah digunakan.
Goncang sebelum digunakan. Buka penutup pada bahagian hujung yang dipilih. Jangan buka kedua-dua penutup pada masa yang sama. Picit dan sapukan sebanyak yang diperlukan. Tutup semula selepas digunakan. Gosokkan kotoran. Bilas atau lap sehingga bersih.
Adakah gel dalam alat Clorox® Bleach Pen® Gel diperbuat daripada Clorox® Bleach?
+−
Seperti Clorox® Bleach, ia mengandungi natrium hipoklorit tetapi pada kepekatan yang lebih rendah. Di samping itu, ia mengandungi surfaktan yang tidak terdapat dalam cecair peluntur, dan gel adalah lebih pekat untuk memudahkan kawalan semasa digunakan.
Adakah alat Clorox® Bleach Pen® Gel perlu digoncang sebelum digunakan?
+−
Ya, ianya sangat penting untuk menggoncangkan Clorox® Bleach Pen Gel sebelum digunakan untuk membolehkan aplikasi yang memuaskan.
Apakah yang akan berlaku jika Clorox® Bleach Pen® Gel menjadi kering pada kain?
+−
Anda dinasihati membasuh pakaian yang telah dirawat dengan produk bersama pakaian putih sahaja, ataupun kebanyakannya berwarna putih. Pakaian yang telah dirawat juga boleh dibilas dengan air sebelum ditambahkan ke dalam cucian.
Di manakah saya boleh membeli Clorox® Bleach Pen Gel?
+−
Anda boleh mengenalpasti kedai berhampiran anda yang menjual Clorox® Bleach Pen Gel di halaman "Di Mana Untuk Beli". Sebaiknya, hubungi kedai terlebih dahulu bagi memastikan produk ada dalam stok.