Gunakan sebanyak yang diperlukan supaya permukaan yang dirawat kekal basah selama 4 minit.
Biar permukaan kering. Untuk permukaan yang sangat kotor, bersihkan lebihan kotoran terlebih dahulu.
Cara menggunakan Clorox® Disinfecting Wipes
Ada soalan? Pilih topik untuk mendapatkan jawapan:
Mengapakah Clorox® Disinfecting Wipes lebih baik digunakan daripada tuala kertas, span dan kain buruk?
+−
Clorox® Disinfecting Wipes membersih dan membasmi kuman pada masa yang sama. Apabila anda menggunakan span, kain buruk ataupun tuala kertas, anda boleh menyebarkan bakteria dari satu permukaan ke permukaan yang lain. Anda tidak membasmi kuman, sebaliknya anda menyebarkannya ke sekeliling dan mungkin meningkatkan kawasan yang tercemar.
Adakah Clorox® Disinfecting Wipes mempunyai formula yang kering tanpa meninggalkan kesan?
+−
Ya, Clorox® Disinfecting Wipes mempunyai formula unik yang kering tanpa meninggalkan kesan, sesuai untuk membersihkan dan membasmi kuman pada permukaan berkilat seperti meja berkaca, cermin bilik mandi, dan lekapan logam.*
* Guna seperti yang disyorkan.
Adakah Clorox® Disinfecting Wipes membasmi virus demam dan selesema?
+−
Ya. Clorox® Disinfecting Wipes membasmi 99.9% kuman termasuk virus yang menyebabkan demam dan selesema.* Clorox® Disinfecting Wipes juga berkesan terhadap bakteria biasa seperti Staphylococcus aureus (Staph), Salmonella enterica, dan E. coli.
* Rhinovirus dan Influenza A2.
Bolehkah saya gunakan Clorox® Disinfecting Wipes untuk mengelap tangan atau untuk penjagaan peribadi?
+−
Tidak. Clorox® Disinfecting Wipes tidak sesuai untuk kegunaan pembersihan diri. Tidak boleh digunakan sebagai tisu lembap bayi.
Adakah Clorox® Disinfecting Wipes mengandungi peluntur?
+−
Tidak. Clorox® Disinfecting Wipes diperbuat dengan formula tanpa peluntur, dalam pelbagai wangian, yang meninggalkan bau yang harum dan bersih setiap kali digunakan.
Adakah Clorox® Disinfecting Wipes selamat digunakan di sekitar wanita mengandung, kanak-kanak dan haiwan peliharaan?
+−
Ya. Jika digunakan seperti yang disyorkan, Clorox® Disinfecting Wipes tidak akan membahayakan wanita hamil, kanak-kanak atau haiwan peliharaan. Sebaiknya, jauhkan haiwan peliharaan dan kanak-kanak dari tempat yang sedang dibersihkan, dan ikuti langkah berjaga-jaga pada label. Seperti produk pembersihan rumah yang lain, produk harus disimpan jauh daripada jangkauan kanak-kanak dan haiwan peliharaan apabila tidak digunakan.
Apakah langkah berjaga-jaga yang harus saya ambil semasa menggunakan Clorox® Disinfecting Wipes?
+−
Sentiasa gunakan produk seperti yang disyorkan/dilabelkan. Langkah berjaga-jaga mengenai produk boleh didapati pada label di belakang produk, dan menyatakan bahawa produk tersebut menyebabkan kerengsaan mata yang sederhana, jadi elakkan terkena mata atau pakaian. Anda juga harus mencuci tangan dengan sabun dan air dengan bersih selepas mengendalikannya.
Di manakah saya boleh membeli Clorox® Disinfecting Wipes?
+−
Anda boleh mengenalpasti kedai berhampiran anda yang menjual Clorox® Disinfecting Wipes di halaman "Di Mana Untuk Beli". Sebaiknya, hubungi kedai terlebih dahulu bagi memastikan produk ada dalam stok.
Bolehkah Clorox® Disinfecting Wipes dibuang ke dalam tandas?
+−
Tidak. Buangkan ke dalam tong sampah selepas digunakan. Kami tidak mengesyorkan memasukkannya ke dalam sistem septik anda.
Adakah kanister Clorox® Disinfecting Wipes sesuai untuk dikitar semula?
+−
Ya. Kanister Clorox® Disinfecting Wipes biasa kami diperbuat daripada HDPE (Polietilena Ketumpatan Tinggi) nombor 2 yang boleh dikitar semula. Hubungi syarikat kitar semula tempatan anda untuk mengetahui senarai bahan yang diterima untuk diproses semula.