Picit bahagian tepi penutup yang ditandakan dengan simbol dan putar mengikut arah lawan jam. Untuk menutup semula, pusingkan penutup mengikut arah jam sehingga ditutup ketat.
Pam tandas sebelum dibersihkan. Gunakan 175 ml Clorox® di bawah dan sekeliling rim tandas sehingga produk meliputi bahagian dalam mangkuk tandas.
Gosok mangkuk tandas dan biarkan selama 5 minit untuk membasmi kuman, kemudian pam tandas sekali lagi.
Cara menggunakan Clorox® Toilet Bowl Cleaner - Tough Stain Remover
Ada soalan? Pilih topik untuk mendapatkan jawapan:
Adakah Clorox® Toilet Bowl Cleaner - Tough Stain Remover selamat untuk sistem septik?
+−
Ya. Apabila digunakan seperti yang diarahkan, Clorox® Toilet Bowl Cleaner - Tough Stain Remover tidak akan merosakkan sistem paip atau septik apabila digunakan seperti yang disyorkan.
Adakah Clorox® Toilet Bowl Cleaner - Tough Stain Remover membahayakan haiwan peliharaan saya jika haiwan tersebut terminum air mangkuk tandas?
+−
Terminum air mangkuk tandas secara tidak sengaja daripada tandas yang dibersihkan dengan produk ini tidak menjadi satu masalah. Walau bagaimanapun, air tandas tidak disyorkan untuk digunakan sebagai sumber air minuman untuk haiwan peliharaan. Sekiranya haiwan peliharaan terminum produk belum cair atau air mangkuk tandas yang mengandungi pembersih itu, ianya disyorkan untuk berjumpa dengan doktor haiwan anda.
Adakah Clorox® Toilet Bowl Cleaner - Tough Stain Remover akan menyahwarna tandas berwarna saya?
+−
Penggunaan yang disyorkan tidak akan merosakkan tandas berwarna. Dengan menggunakan Clorox® Toilet Bowl Cleaner - Tough Stain Remover, anda boleh mensanitasi dan menanggalkan kotoran degil untuk tandas yang lebih bersih dan bersinar.
Adakah Clorox®Toilet Bowl Cleaner - Tough Stain Remover mengandungi bahan pelelas?
+−
Tidak, produk ini tidak mengandungi bahan pelelas. Clorox® Toilet Bowl Cleaner - Tough Stain Remover mempunyai formula tanpa pelelas yang tidak akan mencalarkan permukaan.
Tidak, produk ini tidak mengandungi peluntur. Clorox® Toilet Bowl Cleaner - Tough Stain Remover mempunyai formula berasid yang direka untuk menghilangkan kesan karat dan kesan air keras.
Bagaimana Clorox® Toilet Bowl Cleaner - Tough Stain Remover berbeza dengan Clorox® Toilet Bowl Cleaner - Clinging Bleach Gel dan Clorox® Toilet Bowl Cleaner - with Bleach?
+−
Clorox® Toilet Bowl Cleaner — Tough Stain Remover mempunyai formula berasid yang direka untuk menghilangkan kesan karat dan kesan air keras. Produk ini tidak mengandungi peluntur. Ia dirumus khas untuk melarutkan kotoran secara berkesan sambil membasmi 99.9% bakteria. Meninggalkan mangkuk tandas anda bersih berkilau, segar, dan dinyahbau.
Bagaimana saya memastikan saya telah membasmi bakteria di dalam mangkuk tandas?
+−
Untuk hasil terbaik, biarkan produk selama 10 minit di dalam mangkuk tandas anda. Berus semua permukaan basah dengan teliti, kemudian pamkan tandas. Ini akan memastikan anda menyahjangkit mangkuk tandas anda dan membasmi 99.9% bakteria dan kuman biasa di bilik mandi.*
*Sentiasa baca dan ikuti langkah berjaga-jaga dan panduan penggunaan sebelum menggunakan produk pembersihan. Sentiasa simpan produk pembersihan jauh daripada jangkauan kanak-kanak.
Untuk memastikan tandas anda bersih berkilau dan bebas kotoran, gunakan Clorox® Toilet Bowl Cleaner - Tough Stain Remover setiap kali anda membersihkan bilik mandi anda.
Di manakah saya boleh membeli Clorox® Toilet Bowl Cleaner - Tough Stain Remover?
+−
Anda boleh mengenalpasti kedai berhampiran anda yang menjual Clorox® Toilet Bowl Cleaner - Tough Stain Remover di halaman "Di Mana Untuk Beli". Sebaiknya, hubungi kedai terlebih dahulu bagi memastikan produk ada dalam stok.