Picit bahagian tepi penutup yang ditandakan dengan simbol dan putar mengikut arah lawan jam. Untuk menutup semula, pusingkan penutup mengikut arah jam sehingga ditutup ketat.
Pam tandas sebelum dibersihkan. Gunakan 175 ml Clorox® di bawah dan sekeliling rim tandas sehingga produk meliputi bahagian dalam mangkuk tandas.
Gosok mangkuk tandas dan biarkan selama 10 minit untuk membasmi kuman, kemudian pam tandas sekali lagi.
Cara menggunakan Clorox® Toilet Bowl Cleaner - with Bleach
Ada soalan? Pilih topik untuk mendapatkan jawapan:
Adakah Clorox® Toilet Bowl Cleaner - with Bleach membahayakan haiwan peliharaan saya jika haiwan tersebut terminum air mangkuk tandas?
+−
Terminum air mangkuk tandas secara tidak sengaja daripada tandas yang dibersihkan dengan produk ini tidak menjadi satu masalah. Walau bagaimanapun, air tandas tidak disyorkan untuk digunakan sebagai sumber air minuman untuk haiwan peliharaan. Sekiranya haiwan peliharaan terminum produk belum cair atau air mangkuk tandas yang mengandungi pembersih itu, ianya disyorkan untuk berjumpa dengan doktor haiwan anda.
Adakah Clorox® Toilet Bowl Cleaner - with Bleach akan menyahwarna tandas berwarna saya?
+−
Penggunaan yang disyorkan tidak akan merosakkan tandas berwarna. Dengan menggunakan Clorox® Toilet Bowl Cleaner - with Bleach, anda boleh membasmi kuman dan menanggalkan kotoran degil untuk tandas yang lebih bersih dan bersinar.
Adakah Clorox® Toilet Bowl Cleaner - with Bleach mengandungi bahan pelelas?
+−
Tidak, produk ini tidak mengandungi bahan pelelas. Clorox® Toilet Bowl Cleaner - with Bleach mempunyai formula tanpa pelelas yang tidak akan mencalarkan permukaan.
Adakah Clorox® Toilet Bowl Cleaner - with Bleach selamat untuk sistem septik?
+−
Ya. Apabila digunakan seperti yang disyorkan, Clorox® Toilet Bowl Cleaner - with Bleach adalah selamat untuk digunakan dalam sistem septik. Peluntur akan terlerai dengan cepatnya kepada garam dan air.
Bolehkah saya menggunakan Clorox® Toilet Bowl Cleaner - with Bleach apabila saya mempunyai tablet Clorox® Automatic Toilet Bowl Cleaner di dalam tangki tandas?
+−
Jangan gunakan atau campurkan dengan bahan kimia kegunaan rumah lain seperti pembersih mangkuk tandas lain, pembuang karat, asid atau produk yang mengandungi ammonia. Membuat sedemikian akan melepaskan gas berbahaya dan merengsakan.
Berapa kerapkah saya patut menggunakan Clorox® Toilet Bowl Cleaner - with Bleach?
+−
Untuk memastikan tandas anda bersih berkilau dan bebas kotoran, gunakan Clorox® Toilet Bowl Cleaner - with Bleach setiap kali anda membersihkan bilik mandi anda.
Di manakah saya boleh membeli Clorox® Toilet Bowl Cleaner - with Bleach?
+−
Anda boleh mengenalpasti kedai berhampiran anda yang menjual Clorox® Toilet Bowl Cleaner - with Bleach di halaman "Di Mana Untuk Beli". Sebaiknya, hubungi kedai terlebih dahulu bagi memastikan produk ada dalam stok.
Bagaimana saya memastikan saya telah membasmi bakteria di dalam mangkuk tandas?
+−
Untuk hasil terbaik, biarkan produk selama 10 minit di dalam mangkuk tandas anda. Berus semua permukaan basah dengan teliti, kemudian pamkan tandas. Ini akan memastikan anda menyahjangkit mangkuk tandas anda dan membasmi 99.9% bakteria dan kuman biasa di bilik mandi.*
* Sentiasa baca dan ikuti langkah berjaga-jaga dan panduan penggunaan sebelum menggunakan produk pembersihan. Sentiasa simpan produk pembersihan jauh daripada jangkauan kanak-kanak.